free counters

Isnin, 22 November 2010

Kaswi


Bahan-bahan:


 250 ml air
 60 gram gula pasir
 2 helai daun pandan, disimpul
 180 gram gula melaka 
 120 gram tepung sagu
 150 gram tepung beras basah
 1 sudu teh air kapur
 ½ biji kelapa muda parut diambil putihnya sahaja
 ½ sudu teh garam


Cara menyediakan:


1  Didih gula melaka bersama gula pasir, air dan daun pandan di dalam periuk hingga gula larut menjadi sirap gula.
2 Masukkan tepung beras, tepung sagu dan air kapur di dalam mangkuk. Tapis sirap gula ke dalam adunan tepung dan kacau hingga sebati dan tidak berketul ketul.Tuang adunan ke dalam loyang.
3 Panaskan kukusan. Masukkan loyang kedalam kukusan. Kukus selama 20-30 minit sehingga masak. Setelah masak sejukkan dan potong.
4 Gaul kelapa bersama garam dan sedikit gula. Dan Gaul kuih yang telah dipotong dengan kelapa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan