free counters

Khamis, 18 November 2010

Bunga Tanjung

Bunga Tanjung atau nama botaninya Mimusops Elengi dari famili Sapotaceae berasal dari kepulauan Indo-Cina dan Semennanjung Tanah Melayu. Pokok yang boleh mencapai ketinggian sekitar 3 meter ini mempunyai karektor yang amat digemari oleh pereka lanskap
Di gunakan untuk rawatan.
Merawat Ruam Bernanah - Beberapa kuntum bunga tanjung direbus bersama 2 sudu besar Jintan Hitam. air rebusan diembun semalaman. Air ditapis dan dimandikan pesakit dengan air tersebut. 
Merawat Sakit Gigi Dan Boleh Menghilangkan Nafas Berbau - Kulit batang pokok direbus bersama air dan dibuat kumur selama empat hari.
Merawat Luka -Air rebusan kulit batang pokok digunakan untuk mencuci luka. 
Merawat Ozena Atau Rinitis -Jus daun bunga tanjung dijadikan ubat titis hidung dua kali sehari dan dilakukan sehingga sembuh 
Mewangikan Rambut - Biasanya bunga tanjung direndam ke dalam minyak kelapa dan dilumur ke rambut.
Mengecutkan Rahim - Pucuk daunnya boleh dibuat ulam bagi mengecutkan rahim dan mengetatkan peranakan wanita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan