free counters

Rabu, 17 November 2010

Beluntas


Beluntas atau nama botaninya pluchea indica (L.) less biasa ditanam sebagai tumbuhan pagaran atau penghias laman kerana fungsi daunnya yang boleh dijadikan ulam dan masak lemak. Daunnya berbentuk ringkas dan tersusun dalam bentuk berselang. Bunganya berwarna putih atau ungu dan mempunyai kelopak yang kecil.
Di gunakan untuk rawatan.
Merawat Nafas Berbau Dan Menggalakkan Perpeluhan - Daunnya yang ditumbuk bersama garam dan dimakan sebagai ulam.
Melegakan Selesema - Daunnya yang diseduh dalam air panas diminum.
Menyembuhkan Tulang Retak - Serbuk daunnya yang dicampurkan dengan minyak jarak dan dituap dibahagian tulang yang mengalami keretakan tersebut.
Merawat Demam, Melegakan Sakit Kepala, Merawat Rheumatoid, Lumbago Dan Penyakit Tidak Hadam - Akarnya direbus dan diminum sebagai amalan seharian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan