free counters

Rabu, 17 November 2010

Belimbing Pasir

Belimbing Pasir atau nama botaninya  oxalis corniculata mempunyai batang kecil , rapuh dan mudah patah serta mempunya bulu-bulu halus. Ia mempunyai bunga berwarna kuning terang manakala buahnya pula berbentuk silinder dan mempunyai banyak biji benih yang halus. Ia selalunya tumbuh dikawasan yang agak lembab dan mempunyai air yang mencukupi.
Di gunakan untuk rawatan.
Merawat ppenyakit Kuning, Dahaga Melampau Yang Disebabkan Oleh Diabetis Atau Bahang Cuaca Yang Terlalu Panas - Daun segar yang ditumbuk bersama madu atau gula juga boleh digunakan untuk tujuan ini.
Menurunkan Suhu Badan Dan Merawat Penyakit Skurvi - Air rendaman daunnya yang diramas-ramas dan dituap dibahagan atas kepala.
# Oleh kerana tumbuhan ini  mengandungi asid oksalik yang berkepekatan tinggi, pesakit ghout, athritis dan rheumatoid  dilarang dari mengambil persediaan herba dari tumbuhan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan