free counters

Ahad, 21 November 2010

Badak Berendam



Bahan Untuk  Inti:
100g gula merah
100ml air
120g kelapa parut diambil putih sahaja
3 helai daun pandan
1/2 sk garam

Cara menyediakan:

Masak gula merah dan air hingga larut, masuk garam, kelapa parut dan daun pandan. Kacau hingga agak kering dan biar kan sejuk.

Bahan Untuk Doh:
200 gram  tepung pulut
25 gram  tepung gandum
170 ml air
Secubit garam
3  Jenis  pewarna, merah kuning dan hijau.

Cara menyediakan:
 
Gaul tepung pulut, garam dan air secukunya hingga doh jadi lembut.  Doh dibahagikan kepada tiga bahagian. Warnakan setiap doh mengikut citarasa anda. Masukkan inti dan bentukkan bebola sebesar guli.

Bahan Untuk kuah:
500 ml santan dari 1 biji kelapa
2 sudu besar tepung beras
Garam secukupnya

Cara menyediakan:

Masukkan bebola yang sudah siap kedalam bahan untuk kuah. Kukus selama 15- 20min. Jangan terlalu lama kerana santan akan pecah minyak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan