free counters

Jumaat, 15 Julai 2011

Biskut Nestum

Bahan-Bahan:

½ cawan gula kaster
1 cawan mentega
1 biji telur
1 camca teh vanila esen 
1 ¾ cawan tepung halus atau superfine
1 ½ cawan tepung jagung
1 camca teh emplex (boleh digantikan dengan baking powder)
1 cawan nestum-kisar

Untuk Hiasan Atas:

1 kuning telur
½ cawan nestum

Cara penyediaan:

1 Pukul mentega dan gula kaster sehingga hampir kembang. Kemudian masukkan telur dan vanilla esen. Kacau sehingga sebati.
2 Ayak tepung gandum, tepung jagung, emplex dan nestum. Kemudian campurkan dalam adunan mentega, gula dan telur yang dipukul tadi.
3 Kacau sehingga membentuk doh yang lembut. Sekiranya doh lembik tambahkan dengan sedikit tepung.
4 Canaikan doh setebal 5-8mm dan terapkan mengikut bentuk yang disukai.
5 Untuk hiasan, sapukan atas biskut yang belum dibakar dengan kuning telur dan taburkan dengan nestum.
6 Bakar dalam ketuhar selama 10-12 minit pada suhu 180 darjah celsius atau sehingga biskut menjadi keemasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan