free counters

Khamis, 2 Disember 2010

Puding Seroja


Bahan-bahan :

Bahan Lapisan Pertama: 

150 gram gula
6 gram serbuk agar-agar
30 gramm tepung kastard
400 ml air
100 ml susu cair
3 sudu besar jagung tin
Sedikit pewarna kuning 

Bahan Lapisan Kedua (A): 

12 gram serbuk agar-agar
1 liter air
200 gram gula 

Bahan Lapisan Kedua (B): 

2 biji kuning telur
100 ml susu cair
20 gram tepung jagung
Sedikit perasa strawberi
Sedikit pewarna merah jambu 

Cara penyediaan:

1 Satukan bahan lapisan pertama, masak sehingga pekat.
2 Kemudian masukkan jagung dan kacau sebati.
3.Selepas itu, tuangkan adunan ke dalam acuan dan biarkan ia beku.
4 Masak pula bahan lapisan kedua (a) sehingga mendidih. Tuangkan ke dalam lapisan pertama.
5 Kemudian masakkan bahan lapisan kedua (B). Kacau sehingga pekat sedikit, kemudian tuangkan pada lapisan pertama tadi.
6 Biarkan sejuk seketika, barulah masukkan ke dalam peti ais.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan