free counters

Khamis, 2 Disember 2010

Puding Kristal


Bahan-bahan :

Bahan A :

1 biji buah mangga dibuat puri
3 sudu besar gula kastor
2 sudu besar krim pekat
1 sudu besar badam kisar
2 sudu besar jus limau

Bahan B :

1  biji buah strawberi
1 hiris buah mangga
1 sudu besar jus limau kasturi
2 sudu kecil serbuk agar-agar
Sedikit pewarna hijau

Cara penyediaan:

1  Kisar mangga dengan sedikit air dan masak bersama gula sehingga sebati
2 Setelah sejuk, perahkan jus lemon dan masukkan satu serbuk agar-agar yang telah dicairkan dengan lima sudu besar air panas.
3 Krim pekat dipukul sehingga kembang dan gaul bersama adunan tadi.
4 Kemudian masukkan pula badam dan tuangkan dalam acuan. Sejukkan.
5 Buah strawberi dan mangga dipotong dan susun di atas adunan di atas.
6 Ambil satu sudu kecil serbuk agar-agar bersama satu cawan air, pewarna hijau, gula, masukkan jus limau kasturi. Didihkan.
7 Tuangkan ke atas adunan yang telah disusun buah tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan