free counters

Khamis, 2 Disember 2010

Puding Kek Kastard


Bahan-bahan :

1 biji kek mentega
100 gm tepung kastard
1/4 tin susu cair
1/4 tin susu pekat
1 tin air

Cara penyediaan:

1 Bahan-bahan seperti tepung kastard, susu cair, susu pekat dan air dikacau hingga pekat di atas api yang kecil.
2 Kek mentega diletakkan di dalam acuan. Curahkan bahan-bahan di atas kek mentega tersebut.
3 Bakar di dalam ketuhar pada suhu 150oC selama 8 hingga 10 minit.
4 Jika suka bolehlah makan bersama sos kastard.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan