free counters

Khamis, 2 Disember 2010

Puding Coklat Karamel


Bahan-bahan :

120 gram mentega
250 gram gula perang
125 gram coklat urai
10 gram hirisan kulit oren
4 biji telur
125 gram walnut panggang
125 gram almond
250 gram tepung
5 gram serbuk penaik 

Cara penyediaan:

1 Mentega dan gula perang dikacau hingga kembang.
2 Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3 Kemudian masukkan walnut cincang.
4 Tambahkan coklat urai, hirisan kulit oren dan almond.
5 Masukkan juga tepung dan serbuk penaik dan kacau semua bahan hingga sebati.
6 Ambil sedikit marjerin dan sapukan pada bekas kek.
7 Tuangkan adunan tadi dan bakar selama 45 minit pada suhu 180oC. 
8 Setelah masak, letakkan sos karamel di atasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan