Kadang kala rambut kita kelihatan kusut masai dan tidak bermaya akibat terkena debu dan terik mentari. Untuk menghitam dan mengilatkan rambut anda amalkan lah petua ini, ambil 2 genggam biji betik yang sudah masak lalu dibersihkan kulit bijinya yang nipis dan berair. Jemur biji betik sampai kering dan setelah kering goreng tanpa minyak sampai hangus. Seterusnya giling biji betik tadi sehngga halus lalu dipindahkan ke dalam piring dan dicampurkan dengan sedikit air. Bersihkan rambut anda dan keringkannya dengan tuala. Selepas itu sapukan bahan tadi ke rambut anda tanpa menggunakan syampu. Hasilnya rambut anda nampak berkilat dan cantik. |
Jumaat, 10 Disember 2010
Menghitam Dan Mengilatkan Rambut
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan