free counters

Sabtu, 11 Disember 2010

Menghilangkan Parut Bekas Jerawat

Adakalanya masalah jerawat sudah dapat dihindari namun parutnya masih lagi
kelihatan. Diharap petua ini dapat membantu mendapatkan kulit yang licin seperti 
asal. Sediakan putih telur dan campurkan dengan sedikit air perahan limau nipis.
Gaul hingga sebati, sapukan pada keseluruhan wajah termasuk leher dan biarkan
ia sehingga kering. Ia akan bertindak seumpama masker. Rasa pedih akan dirasai
kerana ia bertindak akan mengecutkan luka luka parut jerawat. Setelah kering, 
cuci dengan air yang bersih. Selain menghilangkan parut jerawat, petua ini 
juga dapat membuatkan kulit anda menjadi lebih licin dan berseri seri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan