Ubi Jaga atau nama botaninya smilax Myosotiflora. Ia dikenali juga dengan nama itah besi, akar ali, akar tanding, kerating, itah, ubi besi, dedawai berisi, sedawai, caring, ali bertinggung, akar dedingin, akar restong, keleh, manto dan maso. Ubi jaga merupakan sejenis herba memanjat yang mempunyai batang yang mudah lentur tetapi kuat , berwarna hijau gelap. Batangnya berbuku-buku dan tunas atau cabang baru akan muncul dari buku-buku ini. Jarak antara buku atau nod ini antara 5 hingga 15 cm. Daunnya berbentuk bujur sirih dengan bahagian pangkal daun yang besar dan akan makin menirus ke hujungnya. Daunnya berwarna hijau gelap dipermukaan daun dan hijau muda dibawah daun. |
Di gunakan untuk rawatan. |
Merawat Siflis - Rebus daun dan buah ubi jaga dan airnya diminum. |
Merawat Demam - Rebus daun dan buah ubi jaga dan airnya diminum. |
Merawat Lemah Tenaga Batin - Ekstraks tumbuhan ini selalunya digunakan iaitu dengan merebus akarnya/ubinya dan diminum. |
Sabtu, 20 November 2010
Ubi Jaga
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan