free counters

Sabtu, 20 November 2010

Tepus Tanah


Tepus Tanah atau nama botaninya zingiber spectabile atau dikenali juga dengan nama tepus atau tunduk. Ia merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga halia. Tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian hingga tujuh kaki. Sama seperti tumbuhan lain dalam keluarga ini daunnya menyerupai daun halia namun saiznya agak besar sedikit. Tepus tanah mempunyai bunga yang cantik dan berwarna merah apabila kembang sepenuhnya. Tepus tanah membiak dengan cara pecahan rizom dan biji benih. Bunganya banyak dijual sebagai bunga keratan untuk dijadikan gubahan bunga.
Di gunakan untuk rawatan.
Merawat Penyakit Lutut Dan Bengkak - Daunnya ditumbuk lumat hingga menjadi pes. Lekapkan pes tersebut dibahagian lutut untuk mengurangkan bengkak.

1 ulasan:

  1. Boleh hubungi saya tak di email: eziey81@yahoo.com kerana saya berminat untuk ambik gambar tepus tanah ni untuk penerbitan saya dan saya akan kreditkn nama puan di bawah gambar.

    BalasPadam