free counters

Rabu, 24 November 2010

Tepung Bungkus


Bahan-bahan:

Bahan Untuk Kuih:

1 cawan tepung beras
2 cawan santan dicampurkan sikit garam
Daun pisang yang telah dilayur

Cara menyediakan:
Bancuh tepung beras bersama santan. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat.

Bahan Untuk Inti: 

1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
1 sudu besar gula
1 sudu besar gandum
4 sudu besar air
1 helai daun pandan disiat dan disimpul

Cara menyediakan:

1 Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga agak kering.Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan. Jadikan inti bebola kecil. Ketepikan dahulu.
2 Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti.
3 Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan