free counters

Sabtu, 20 November 2010

Sirih


Sirih atau nama botaninya  piper betle L. juga dikenali sebagai sirih jawa atau betel leaf. Ia merupakan sejenis tumbuhan memanjat (boleh mencapai ketinggian 10-15 kaki) yang boleh membiak melalui keratan batang dan anak yang akan tumbuh dari batangnya yang merayap di tanah. 
Di gunakan untuk rawatan.
Merawat Penyakit Keputihan - Beberapa helai daun sirih yang telah dibersihkan di rebus dalam air hingga mendidih dan airnya dibiarkan suam. Air ini digunakan untuk mencuci vagina terutamanya setiap kali selepas kencing.
Merawat Nafas Berbau - Kunyah daun sirih yang telah dibersihkan hingga lumat dan biarkan berada dalam mulut seketika sebelum dibuang. Satu cara lagi, dengan rebus beberapa helai daun sirih hingga mendidih, setelah itu disejukkan dan ditapis, gunakan untuk berkumur dua kali sehari,pagi dan malam.
Menghilangkan Bau Badan - Ambil 2 - 3 helai daun sirih dan direbus dengan 1/2 gelas air hingga mendidih, angkat daunnya dan masukkan gula batu sebelum diminum. Jika tidak mahu minum airnya kaedah lain ialah dengan mengambil sehelai daun sirih dan di calit sedikit kapur sirih. Ramas daunnya dan sapukan pada ketiak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan