free counters

Sabtu, 20 November 2010

Setawar


Setawar atau nama botaninya kalanchoe pinnata juga dikenali sebagai   air plant, jijik, coirama, coirama-blanca, setawar bisa, mother of thousands.Tumbuhan ini adalah tumbuhan yang agak unik kerana akarnya boleh tumbuh tanpa medium lain kecuali udara. Daunnya tebal dan berair.Tumbuhan ini membiak dengan begitu cepat sekali dan di sesetengah tempat ia tersenarai sebagai rumpai perosak. Cara pembiakannya begitu mudah sekali iaitu melalui daunnya. Ia juga boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang. Bunganya kecil berwarna kuning kehijauan. Tumbuhan ini menyukai tempat yang agak lembap dan redup.
Di gunakan untuk rawatan.
Merawat Demam Panas - Daunnya yang tebal itu diramas dan dipatahkan dalam air dan air digunakan untuk menjarang atau membasahkan kepala pesakit.
Merawat Senak - Daunnya dikisar dan dijadikan  jus. Minum bagi melegakan senak perut. 
Mengubat Cirit Birit - 2 atau 3 helai daunnya dikisar menjadi jus yang pekat, tidak perlu ditambah air , jus ini diambil 3 kali sehari dengan sukatan 3 sudu teh setiap kali.
Merawat Kembung Perut - 2 helai daunnya dikisar bersama seinci kunyit dan disapukan pada perut satu atau 2 kali sehari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan