free counters

Sabtu, 20 November 2010

Peria Pantai


Peria Pantai atau nama botaninya  colubrina asiatica juga dikenali sebagai peria laut atau leather bush. Ia dari jenis tumbuhan renek yang rendah dengan ranting yang panjang. Daunnya berbentuk bujur telur dan saiznya lebin kurang 2 hingga 5 inci panjang dan 1 hingga 3 inci lebar. Daunnya mudah dikenali kerana permukaannya yang bersinar seolah-olah ada satu lapisan plastik yang melitupi permukaannya. Bunganya pula kecil dan berwarna putih kehijauan. Buahnya pula berbentuk kapsul kecil yang berdiameter sekitar 1 inci, berwarna hijau ketika muda dan akan menjadi coklat tua apabila matang.
Di gunakan untuk rawatan.
Menstabilkan Tekanan Darah Dan Mengawal Diabetes - Buahnya dimakan sebagai sup atau masakan berkuah. Boleh juga dibuat ulam dengan merebusnya dahulu.
Mencuci Badan - Daunnya yang mengeluarkan buih yang banyak bila diramas dalam air, membuatkan ia boleh diguna mencuci badan penganti sabun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan