free counters

Jumaat, 19 November 2010

Patikan Kerbau


Patikan Kerbau atau nama botaninya  euphorbia hirta merupakan tumbuhan liar yang boleh dijumpai di tepi longkang dan ia adalah rumput perosak yang tumbuh di kawasan pertanian. Buahnya yang muda berwarna kuning dan mempunyai 3 biji yang berwarna merah. Antara bahan kimia aktif yang didapati dari tumbuhan ini ialah sterols, alkaloids, tannins glycosides dan triterpenoids. ia juga mempunyai sifat anti - viral dan antibakteria. Tumbuhan ini membiak melalui keratan batang dan biji benih. 
Di gunakan untuk rawatan.
Merawat Asma Dan Bronkitis - Daun, akar dan batangnya  direbus dengan air dalam bekas tertutup. 1 cawan rebusan ini dicampurkan dengan 4 cawan air . Didihkan sehingga menjadi 1 cawan. Minum bila sejuk. Air ini digunakan untuk  2 - 3 hari.
Merawat Batuk Yang Mengandungi Kahak Berdarah -Jusnya diberi minum kepada pesakit 
Menambah Susu Ibu Bagi Ibu Yang Menyusukan Anak - Air rebusan daun, akar dan batangnya  juga diberi minum kepada ibu tersebut untulk menambah susu dalam badan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan