free counters

Jumaat, 19 November 2010

Mata Ayam


Mata Ayam atau nama botaninya ardisia crenata/crispa merupakan tumbuhan dari jenis renek, dari kumpulan dwi kotiledon. Daunnya berbentuk runcing dengan tepi yang bergerigis. Bunganya kecil berbentuk seperti bintang dan berwarna merah jambu.Buahnya pula kecil berbentuk beri, berwarna merah darah dan berkilat apabila ranum. Ia memerlukan saliran yang baik dan tanah yang lembab.
Di gunakan untuk rawatan.
Menyingkirkan Toksid Dari Badan, Menurunkan Suhu  Demam Panas Dan Melancarkan Perjalanan Darah - Akar pokok mata ayam dibersihkan dan direbus. Minum air rebusan nya sekali sehari.
Meredakan Kesakitan Kesan Sengatan - Daunnya pula boleh dijadikan penawar untuk sengatan binatang berbisa seperti lipan dan kala jengking. Daunnya ditumbuk lumatkan dan ditampal pada bahagian yang terkena gigitan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan