free counters

Khamis, 18 November 2010

Kunyit

Kunyit atau nama botaninya curcuma longa merupakan tumbuhan herba  yang banyak digunakan dalam masakan. Kunyit juga terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit.
Di gunakan untuk rawatan.
Rawatan selepas bersalin - Kunyit muda dan bunga kunyit dibuat ulam selama 40 hari selama berpantang bagi menyegarkan badan dan menyembuh luka dalaman selepas bersalin.
Menghilangkan Keputihan, Vagina Berair Dan Meningkatkan Keintiman Hubungan Suami Isteri - Kunyit dikisar bersama pegaga jadikan jus diminum seminggu sebelum datang haid. 
Merawat Tekanan Darah Tinggi, Demam Kuning,Cirit Birit, Meningkatkan Selera Makan, Sembelit, Merawat Sakit Perut, Kencing Berdarah Dan Radang Ginjal - Kunyit di kisar halus. Tapis dan minum sekali sehari selepas makan.
Merawat Luka Luaran Dan Dalaman - Kunyit ditumbuk halus dan ditampal pada luka. Kunyit boleh juga mempercepatkan penyembuhan luka kerana mempunyai sifat anti bakteria.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan