free counters

Khamis, 18 November 2010

Kertau


Kertau atau nama botaninya morus l. atau juga dikenali juga dengan nama mulberi. Pokok kertau  tumbuh dengan begitu cepat walaupun ianya ditanam hanya pada mulanya sebagai anak benih. Daunnya berurat jejala, bercuping dan menggergaji di bahagian tepi. Buah Mulberi merupakan buah yang bernodul majmuk yang mampu mencapai kepanjangan 2-3 cm dan 1 cm meter lebar, berwarna merah bila masih mudah dan ungu tua bila ranum, dan ia enak dimakan segar.  Daunnya merupakan sumber makanan utama kepada ulat sutera dalam industri pembuatan sutera. 
Di gunakan untuk rawatan.
Menurunkan Berat Badan - Rendam daunnya didalam didihan air panas. Minum sebagai persediaan teh herba. Cara ini juga dapat juga menurunkan kadar gula dalam darah.
Menurunkan Tekanan Darah Tinggi Dan Merawat Sendi Lutut - Rendam daunnya didalam didihan air panas. Minum sebagai persediaan teh herba. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan