Kembang Semangkuk atau nama botaninya scaphium macropodum dikenali juga sebagai kapas kapasan atau selayar. Daunnya besar dan tersusun dalam bentuk spiral. Ia mempunyai bunga yang berwarna krim dan kecil. Buahnya berada dalam pod yang besar yang akan terbuka dan pecah apabila telah matang. Bijinya bersaiz lebih kurang sebesar ibu jari. Biji ini akan pecah dan menghasilkan sejenis bahan seperti jeli yang akan memenuhi cawan. |
Di gunakan untuk rawatan. |
Menurunkan Suhu Badan Ketika Demam - Buah kembang semangkuk direndam dalam air hingga pecah dan menghasilkan air berwarna coklat jernih. Air ini diminum dan buahnya boleh dimakan untuk menyejukkan badan .Ia boleh digunakan bersama biji selasih dan getah anggur yang mempunyai kesan yang sama. untuk lebih berkesan, selalunya air rendaman kembang semangkuk diembunkan semalaman sebelum diberi minum kepada pesakit. |
Khamis, 18 November 2010
Kembang Semangkuk
Label:
Kembang Semangkuk
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan