free counters

Khamis, 18 November 2010

Kaduk


Kaduk atau nama botaninya  piper sarmentosum roxb juga dikenali juga sebagai sirih duduk. Daun kaduk lembut berbentuk bujur bulat, nipis, berwarna hijau tua, berkilat dan berselang-seli manakal bunganya banyak, padat, sangat kecil dan tersusun rapat. Ia adalah tumbuhan jenis memanjat yang sesuai hidup dikawasan beriklim panas seperti tropika. Kaduk hidup meliar terutama di kawasan teduh, lembap atau di bawah sudur pokok lain manakala penanamannya menggunakan kaedah keratan batang.
Di gunakan untuk rawatan.
Melawaskan kencing - Air rebusan akar pokok  kaduk digunakan  untuk melawaskan pengeluaran air kencing.
Merawat Demam Malaria  - Air rebusan daun  pokok  kaduk digunakan  untuk merawat demam malaria.
Melegakan Batuk,  Selesema, Sakit Pinggang, Sakit Gigi Dan Sengal Tulang - Air rebusan daun  pokok  kaduk digunakan  untuk merawat penyakit yang dinyatakan ini.
Merawat Panau - Daunnya yang ditumbuk pula boleh dijadikan ubat panau dengan cara menampal pada bahagian yang dijangkiti panau  tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan