free counters

Khamis, 18 November 2010

Jeruju


Jeruju atau nama botaninya acanthus ilicfolius l, juga dikenali sebagai daruju atau  jeruju putih. Jeruju merupakan sejenis tumbuhan semak yang boleh mencapai ketinggian antara 0.75 hingga 1.5 m. Ia mepunyai batang berkayu yang berbentuk bulat dan mempunyai permukaan yang licin. Batangnya berwarna hijau dan mempunyai duri pada bahagian dimana daun terbit. Daunnya berbentuk daun tunggal dengan bahagian hadapannya bersilang dan mempunyai duri dibahagian tepi daun. Jeruju membiak melalui keratan batang dan biji benih.Akar jeruju berwarna putih kekuningan. ia mengandungi saponin, flavanid dan polifenot dan alkaloid (bijinya).
Di gunakan untuk rawatan.
Merawat Kecacingan - Kira kira 10 gram  akarnya direbus bersama segelas air selama 15 minit untuk diminum oleh pengidap penyakit kecacingan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan