Inai atau nama botaninya lawsonia inermis ialah sejenis tumbuhan renek yang mempunyai bunga berwarna pucat.Tumbuhan ini boleh membiak melalui keratan batang dan biji benih.Daunnya yang telah matang berwarna hijau gelap dengan bintik-bintik kehitaman.Dikatakan bintik ini menentukan kemerahan warna inai bila digunakan untuk mewarna kuku, semakin hitam daun inai itu, semakin merah warna yang dikeluarkan. Tumbuhan ini sukakan kelembapan yang agak tinggi dan mengaliran yang baik, namun ia adalah tumbuhan yang agak lasak dan boleh bertahan dalam keadaan kering yang tidak terlalu lama |
Di gunakan untuk rawatan. |
Merawat Luka, (Samada Luka Luaran Atau Luka Dalaman - Terutamanya Selepas Melahirkan Anak Atau Selepas Pembedahan) - Untuk luka luaran, ambil daun inai ditumbuk lumat dan ditampal pada bahagian yang luka untuk menghentikan pendarahan.Untuk luka bersalin dan pembedahan pula tujuh helai daun inai dimakan pagi dan petang dikatakan dapat mempercepatkan proses penyembuhan. |
Merawat Sakit Perut - Daun inai direbus hingga mendidih didalam bekas yang tidak ditutup, airnya ditapis dan diminum. |
Mengembalikan Seri Muka (Pucat Selepas Bersalin) - Daun inai direbus dan diminum ar rebusannya 3 kali seminggu. |
Mengubat Penyakit Kuning Pada Bayi Yang Baru Lahir - Daun inai dicampurkan dengan air mandian bayi. |
Melembutkan Rambut - Daun inai dikisar hingga lumat dan dipanaskan sebentar kemudian disapukan pada rambut, selain rambut menjadi lebih lembut ia juga menjadi lebih berseri dengan warna oren semulajadi dari daun inai. |
Khamis, 18 November 2010
Inai
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan