Hempedu Bumi atau nama botaninya andrographis paniculata juga dikenali sebagai pokok akar cerita, sambilata,nivalembu, king of bitter atau maha tita. Ia tumbuh menegak dan ketinggiannya boleh mencapai sehingga 60-70 cm. Daun Hempedu bumi berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Daun Hempedu bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal. |
Di gunakan untuk rawatan. |
Merawat Darah Tinggi Dan Kencing Manis -Daunnya direbus dan air rebusannya diminum sebagai amalan seharian. |
Merawat Luka - Tumbuk daun hempedu bumi sehingga lumat dan letakkannya pada bahagian luka tersebut. Balut kemas dengan kain dan biarkan sehingga kering. |
Merawat Kesan Gigitan Serangga - Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu. |
Khamis, 18 November 2010
Hempedu Bumi
Label:
Hempedu Bumi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan