Halia atau nama botaninya Zingiber officinale Roscoe merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan. Tanaman ini dipercayai berasal dari China dan kemudian merebak penggunaannya ke India, Asia Tenggara, Afrika Barat dan Caribbean.Satu jenis lagi ialah halia bara (zingiber Minus) yang mempunyai rizom kecil berbanding dengan halia biasa dan warnanya agak kemerahan. Halia bara banyak digunakan dalam perubatan herba berbanding halia biasa. |
Digunakan secara meluas untuk merawat penyakit angin dalam badan, muntah-muntah, cirit-birit, sakit perut, reumatisme, melancarkan pengaliran darah, menghangatkan badan dan membantu penghadaman makanan. Ia juga dapat merawat mati pucuk, keracunan oleh udang, sakit pinggang dan sakit kepala. |
Di gunakan untuk rawatan. |
Merawat Reumatisme - halia dibakar, dibersihkan kemudian diparut dan seterusnya ditampal pada bahagian yang sakit . |
Mencegah Mati Pucuk - Halia diparut
dan dicampurkan dengan air perahan dari sebiji limau nipis , sebiji telur
ayam kampung , 1 sudu makan kicap ,1 sudu teh serbuk kopi dan 1 sudu makan madu .Gaul rata rata. Amal seminggu sekali dan di minum disebelah pagi. |
Merawat Sakit Pinggang - Halia diparut dan dicampurkan dengan asam jawa kemudian sapu pada pinggang. |
Merawat
Cirit Birit /Muntah-Muntah - Halia,bunga dan buah pala, 1
gelas santan kelapa, 1 sudu teh minyak kayu putih. Gaul dan tumbuk bahan
bahan ini sehingga lumat. Oleskan di bahagian perut. |
Mengatasi Masalah Kelemumur - Halia muda ditumbuk dan lumurkan pada bahagian akar rambut. Bungkus rambut dengan kain buat seketika sebelum dibilis sehingga bersih. |
Merawat Masalah Uban - Potong beberapa keping halia nipis-nipis dan rendam dalam madu. Kepingan halia ini dimakan sekeping sehari. |
Khamis, 18 November 2010
Halia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan