free counters

Khamis, 18 November 2010

Bunga Melur


Bunga Melur atau nama botaninya jasminum sambac terdiri dari pelbagai jenis  namun yang paling biasa dijumpai di negara kita adalah 3 jenis utama iaitu duke of tuscany, maid of orlean dan star jasmin. Maid of orlean dan duke of tuscany dikenali sebagai melur susun di negara kita bezanya duke of tuscany mempunyai lapisan yang lebih banyak dan saiz dan bentuknya menyerupai bunga ros mini, tapi baunya tidak sekuat maid of orlean dan bunga melur selapis yang biasa.Tumbuhan ini memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk tumbesaran dan pemdebungaan.
Di gunakan untuk rawatan.
Melegakan Sesak Nafas - Lebihkurang 20 helai daunnya di rebus dengan secubit garam hingga mendidih, tapis dan minum airnya.
Merawat Bengkak Dari Gigitan Lebah - Segenggam bunganya diramas hingga hancur dan ditampal pada bahagian yang terkena sengatan. Biar hngga kering. Ulangi proses ini sehingga kesakitan kesan gigitan hilang.
Melegakan Sakit Mata (Mata Merah) - Segenggam daunnya ditumbuk halus dan ditampal pada dahi. Setelah kering , tampal yang lain pula.Ulangi hingga berasa sedikit lega.
Menambahkan Air Susu Ibu -Daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara di waktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan