free counters

Jumaat, 26 November 2010

Acar Buah Buahan


Bahan-bahan :

4 biji limau nipis/kasturi jeruk
10 biji belimbing buluh jeruk
20 biji cermai jeruk
5 biji mangga muda jeruk
1 cawan kismis
5 biji buah pala jeruk
1 mangkuk kecil halia jeruk
10 biji prune
250gm buah asam boi – warna merah
5 biji buah bidara jeruk
20 biji bawang merah, biar sebiji-sebiji
5 biji bawang putih, biar sebiji-sebiji
Sedikit bijan yang sudah disangai
Setengah botoll kecil cuka putih
2 1/2 cawan gula
1 1/2 cawan cili kering yang telah siap dikisar
2 sudu serbuk ketumbar
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
sedikit bijan goreng
5 biji bawang merah dihiris
3 biji bawang putih, dihiris
1 cawan minyak untuk menumis

Cara menyediakan:

1 Panaskan minyak, tumiskan bawang hiris hingga wangi. kemudian masukkan cili kisar. Bila cili garing, masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih.
2 Bila telah wangi, masukkan gula dan cuka. bila gula telah larut dan pekat, masukkan buah-buahan serta bawang. Masaklah hingga pekat dan agak kering. 
3 Akhir sekali, masukkan bijan goreng. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan